Posted by: tokjan | July 3, 2008

Alahan hidung (allergic rhinitis)

Adakah anda sering merasa gatal di hidung dan sering bersin? Tidak kira di mana sahaja, anda pasti akan berkeadaan sedemikian. Keadaan akan menjadi teruk apabila dikelilingi bahan-bahan tertentu yang mendatangkan masalah pada hidung anda. Jika anda merasa begitu, mungkin bermakna anda menghidap alahan hidung.

Apakah itu alahan hidung?

Alahan maknanya reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan. Contohnya, jika seseorang itu alah pada makanan seperti udang dan sebagainya, ia akan mendapat gatal-gatal. Jika mereka alah pada ubat pula, seseorang itu akan mendapat kesan yang teruk seperti sesak nafas. Itulah alahan.

Alahan hidung yang juga boleh dikenali sebagai ‘allergic rhinitis’ bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan. Contohnya, jika seseorang itu terdedah kepada habuk, habuk di sini bermakna ‘house dust mite’ atau hama yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Alahan yang disebabkan oleh hama inilah yang kerap berlaku.

Hama juga memang banyak terdapat dalam karpet, langsir, tilam, cadar dan sarung bantal yang tidak berganti. Hama ini makanannya pula ialah kulit-kulit yang gugur dari badan kita. Contohnya, jika kita baring di atas katil, kulit yang gugur akan menjadi makanannya. Najis hama itu akhirnya bercampur dengan habuk lain dan kemudian ia bertukar menjadi habuk dan habuk itulah yang membuatkan hidung menjadi bersin, gatal, tersumbat dan berair.

Apabila berada di luar rumah pula, debunga terutamanya dari bunga boleh menyebabkan alahan pada hidung kita. Jika pesakit itu alah kepada debunga, hidungnya kan berasa gatal-gatal dan akhirnya ia akan bersin-bersin.

Jika seseorang itu merasakan gatal-gatal di hidung, hidung mereka tersumbat, berair dan selalu bersin, ini bermakna mereka mempunyai ciri-ciri alahan hidung.

Di sini gatal bukan bermakna gatal yang datang dari hidung sahaja. Kalau di peringkat teruk, mata kita boleh gatal. Ini adalah kerana mata dan hidung saling berdekatan. Selain itu muka juga boleh rasa gatal. Sesetangah pesakit pula lelangit mereka pun boleh rasa gatal.

Photobucket

hama punca utama alahan hidung


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: