Posted by: tokjan | December 3, 2008

Kulit lembab berseri

Bahan-bahan:

  • kubis
  • madu lebah
  • cuci muka

1. Kubis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar dan ambil airnya.

2. Campurkan air kubis dengan madu dan cuci muka dengan ramuan tersebut.

3. Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasilnya.

Kiriman: Jamilah, Yaakob, Bandar Seremban Selatan, 71450 Sg. Gadut, N.Sembilan

Sumber: Majalah Wanita

Posted by: tokjan | August 1, 2008

ALAHAN

Alahan’ bermaksud ‘perubahan aktiviti’. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.

Penyebab

  • Tumbuh-tumbuhan.
  • Makanan.
  • Ubat-ubatan.
  • Debunga.
  • Sengatan lebah.
  • Gigitan.

Alahan Rhinitis (demam alahan)

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.

Tanda-tanda dan gejala

  • Penghasilan mukus (lendir).

  • Gatal-gatal di

    • Tekak

    • Hidung

    • Mulut

    • Mata

    • Kulit

  • Batuk.

  • Sakit kepala.

  • Hidung berair/Bersin.

  • Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

Rawatan

  • Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
  • Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
  • Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.

Pengurusan sendiri

  • Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk.

  • Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.

  • Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.

  • Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.

  • Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.

  • Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.

  • Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

Alahan terhadap makanan

  • Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
  • Intolerans terhadap makanan.
  • Sindrom gangguan usus.
  • Tekanan fizikal.
  • Keracunan makanan.

Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

Gejala

  • Tekak terasa gatal.
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Kekejangan otot perut.
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
  • Gatal-gatal/urtikaria.
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.
  • Sesak nafas/bunyi ronkus.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.

Pengurusan sendiri

  • Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.

  • Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.

  • Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan. (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).

  • Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.

  • Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.

Alahan terhadap ubat-ubatan

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala

  • Gatal-gatal.
  • Ruam kulit.
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata.
  • Bunyi ronkus.
  • Bibir membengkak.

Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:

  • Penyumbatan rongga hidung.

  • Sukar bernafas.

  • Batuk.

  • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.

  • Pening.

  • Keliru.

  • Sakit/kekejangan otot abdomen.

  • Loya, muntah.

  • Cirit-birit.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.

Alahan Konjunktivitis

Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.

Gejala

  • Mata merah.

  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
  • Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
  • Keluar air mata.
  • Kelopak mata bengkak/sembab.

Rawatan

Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

Pengurusan sendiri

  • Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.

  • Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.

  • Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.

  • Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.

  • Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.

  • Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.

SUMBER ASAL:
Posted by: tokjan | July 19, 2008

Buas-buas

Buas-buas mampu menyingkirkan angin dari badan.

Buas-buas mampu menyingkirkan angin dari badan.

Satu lagi tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk membuang angin ialah pokok buas-buas atau dikenali juga sebagai pokok singkil. Daunnya tumbuh tunggal dari batang dan dahan, bersaiz sederhana berbentuk hati dan warnanya hijau muda.

Pokok yang kecil atau batang yang masih muda berwarna cokelat, sementara pokok yang sudah tua batangnya berwarna keputihan tetapi dahan yang muda tetap berwarna cokelat.

Nama saintifiknya Premma cordiflora dari keluarga Verbenaceae. Pokoknya sederhana besar, tetapi ada yang boleh mencapai ketinggian hingga 7 atau 8 meter, terutama yang tumbuh di hutan dan tidak pernah dipetik pucuknya.

Pucuk yang muda boleh dimakan begitu saja, tetapi sedikit getir serta berbau langu. Justeru itu para penggemar biasanya menjadikannya sebagai sayur bening atau dicelur pada air panas terlebih dahulu sebelum dimakan bersama pencecahnya.

Mereka yang mengamalkan memakan daun buas-buas, selain boleh membuang angin dalam badan dan mengatasi cacing dalam perut, ia juga boleh membanyakkan susu ibu, terutama bagi wanita yang menyusukan anak.

Selain dari itu rebusan daun, akar dan kulit batangnya juga boleh dijadikan sebagai mandian bagi wanita selepas bersalin. Ia dikatakan boleh menyegarkan tubuh badan dan air rebusan itu juga boleh menghilangkan bau hanyir ikan.

SUMBER ASAL: http://fazlisyam.com/2007/09/17/buas-buas-untuk-buang-angin-dan-membanyakkan-susu-ibu/

Posted by: tokjan | July 19, 2008

Temulawak

Temulawak mampu menyembuhkan buasir.

Temulawak mampu menyembuhkan buasir.

Khasiat temulawak:

1. Digunakan sebagai agen pencegah penuaan dan penawar sakit puan – banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik

2. Dapat mengubati penyakit2 seperti reumatoid dan kesakitan otot, demam , batuk, masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang dan penyakit kulit.

3. Dapat menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang

4. Dapat mengatasi buasir, masalah kerengsaan pada rektum, berak berdarah dan disentri.

5. Dapat merawat masalah sembelit.

6. Dapat merawat masalah keputihan dan jangkitan kult seperti Candida albican pada vagina wanita.

7. Dapat merawat kencing manis, gastrik dan gas berlebihan dan melancarkan penghadaman makananCara rawatannya ialah 3 – 9 gram rizom segar direbus sekejap dan dimakan setiap kali sebelum makan.

8. Ia juga dapat mengubati kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan.

9. Rizomnya sedap dibuat ulam dan acar.

SUMBER ASAL: http://fazlisyam.com/category/temulawak/

Posted by: tokjan | July 19, 2008

Sakit belakang secara tiba-tiba

Sakit tulang belakang biasanya disebabkan bebanan kerja lebih.

Sakit tulang belakang biasanya disebabkan bebanan kerja lebih.

Punca-punca:

  • Bentuk badan yang lemah.
  • Terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok.
  • Kurangnya bersenam.
  • Kecederaan hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat.
  • Kekejangan yang disebabkan stres atau tekanan.
  • Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain.
  • Kegemukan.
  • Kasut bertumit tinggi.
  • Bagi wanita, sebelum atau semasa haid.

Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda sakit belakang:

  1. Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
  2. Mengamalkan postur (posisi badan) yang baik.
  3. Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.
  4. Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong badan anda.
  5. Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya. Urut bahagian yang sakit dengan minyak, krim atau salap.
  6. Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
  7. Jika anda gemuk, berusahalah mengurangkan berat badan.
  8. Selalulah bersenam.
  9. Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinar lampu infra red.
  10. Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi.
  11. Rujuk doktor sekiranya sakit tidak hilang atau menjadi teruk.

Pencegahan awal:

  1. Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
  2. Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda.
  3. Tidur atas tilam sesuai.
  4. Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
  5. Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
  6. Lakukan senaman otot abdomen dan belakang.
  7. Elakkan memakai kasut yang tinggi.
  8. Jaga berat badan.

Older Posts »

Categories