
Sakit tulang belakang biasanya disebabkan bebanan kerja lebih.
Punca-punca:
- Bentuk badan yang lemah.
- Terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok.
- Kurangnya bersenam.
- Kecederaan hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat.
- Kekejangan yang disebabkan stres atau tekanan.
- Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain.
- Kegemukan.
- Kasut bertumit tinggi.
- Bagi wanita, sebelum atau semasa haid.
Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda sakit belakang:
- Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
- Mengamalkan postur (posisi badan) yang baik.
- Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.
- Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong badan anda.
- Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya. Urut bahagian yang sakit dengan minyak, krim atau salap.
- Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
- Jika anda gemuk, berusahalah mengurangkan berat badan.
- Selalulah bersenam.
- Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinar lampu infra red.
- Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi.
- Rujuk doktor sekiranya sakit tidak hilang atau menjadi teruk.
Pencegahan awal:
- Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
- Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda.
- Tidur atas tilam sesuai.
- Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
- Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
- Lakukan senaman otot abdomen dan belakang.
- Elakkan memakai kasut yang tinggi.
- Jaga berat badan.
Recent Comments