Posted by: tokjan | June 28, 2008

Mengkudu

Pokok mengkudu merupakan sejenis tumbuhan dari spesies morindacitrifolia. Ianya adalah pokok malar yang ketinggiannya boleh mencapai 7 meter dari paras tanah.

pokok mengkuduMengkudu dipercayai mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti asma, diabetis, luka-luka, ketidaksuburan wanita, demam, batuk dan sebgai tonik rambut.

Kebanyakan dari kita mengenali pokok mengkudu terutamnya yang tinggal di kawasan perkampungan. Daun mengkudu biasanya digunakan sebagai satu ramuan untuk kegunaan wanita yang sedang berpantang dan pucuknya dijadikan ulam. Petua orang tua menyarankan daun mengkudu elok untuk membalut tungku kerana khasiatnya dipercayai mampu mengecutkan rahim wanita selepas bersalin.

Mengkudu juga dipercayai mampu merawat penyakit kencing manis, menyuburkan sperma, darah tinggi, buang angin dan cacing dalam perut. Daun pokok mengkudu juga turut dijadikan ulam sayur-sayuran.
buah mengkuduBuah mengkudu elok untuk penjagaan kesihatan diri. Terdapat satu kaedah mudah untuk menjadikan buah mengkudu tersebut sebagai perubatan herba. Caranya adalah mudah, ambil beberapa biji buah mengkudu yang telah masak dan bersihkan buah itu terlebih dahulu. Kisarkan buah-buah itu sehingga hancur dengan sedikit air. Tapiskan untuk dapatkan airnya. Oleh kerana rasanya masam dan pedas sedikit, campurkan sedikit dengan perasa yang lain seperti madu lebah untuk memaniskannya. Minumlah perlahan-lahan.

Penggunaan tumbuhan herba dalam penjagaan kesihatan diri, seharusnya dibuat secara berterusan kerana kesannya mengambil jangka masa yang lama.


Leave a comment

Categories